“Umar?Eh!Takkanlah dia.Mana mungkin insan sehebat itu adalah
orang yang Daniel ceritakan.Tidak.Tidak mungkin.Mustahil.Ah!Aku ber’su’uzzon’ nampaknya.Astaghfirullah,”bisik
hati Hassan,cuba menafikan apa yang ada di dalam kepalanya.
Fikirannya tertumpu kepada ketua Lajnah Pembangunan Insan
bagi tahun itu setelah Daniel menyebut nama Umar.Insan yang sangat
dikaguminya.Sering juga dia mencelah masuk ke dalam kumpulan usrah kelolaan
Umar kerana minat dengan penyampaian yang menarik oleh Umar.Tetapi Hassan masih
tidak berpuas hati.Hatinya masih tertanya-tanya.Mana mungkin Umar.Dia cuba
menidakkan.
“Umar siapa tu Daniel?” Hassan memberanikan diri untuk
bertanya walaupun sebenarnya dia berasa gementar untuk mengetahui kebenarannya.
“Umar AJK surau tu lah,”balas Daniel.
Hampir-hampir sahaja Hassan hendak memarahi Daniel kerana
berkata begitu.Namun dia bersabar.Dia beristighfar.Lantas dia mula berfikir.Siapa
tahu mungkin di sebalik kehebatan seseorang itu,terselit satu kekurangan yang
manusia lain tidak tahu.Mana ada makhluk yang sempurna.Kesempurnaan itu adalah
hak mutlak Allah SWT.
…………………………………………………………………………………………………...............
Matahari telah mulai mendaki langit.Pemandangan alam dari
atas astaka padang bola sepak itu sememangnya sangat indah.Di hadapannya adalah
padang bola sepak dan beberapa gelanggang permainan yang lain.Dari atas itu
dapat dilihat sang suria mula memancarkan sinar menerangi alam yang tadi nya
kelam.Umar sememangnya suka duduk di situ.Terasa tenang melihat penciptaan
alam.Setiap hujung minggu selepas solat Subuh pasti Umar akan ke sana.Jika
ditanya mengapa,itu hobi,katanya.
Hassan tidak menunggu lama.Selesai bacaan al-Mathurat dia
terus pergi ke padang bertemu dengan Umar.Hatinya tidak tenang sejak pertemuan
dengan Daniel kelmarin.Dia perlukan jawapan dari Umar.Hanya itu sahaja yang
dapat mengubati keresahan hatinya.
“Wah…Feeling nampak,”gurau
Hassan.
“Eh!Hassan.Hehe…Biasalah.Nikmat kejadian alam.Menenangkan
setiap mata yang memandang,”balas Umar.
“Umar,boleh ana tanya sesuatu?”
“Tanyalah.”
“Enta kenal Daniel?”
“Kenapa enta tanya?”
Air mukanya berubah.Hassan menduga pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh
Umar.
“Dia cakap enta sebilik dengan dia.Dan boleh ana tanya?Enta
tahu kan dia minum arak?”
“Ya ana tahu.Setiap hari ana bagitahu dia supaya tinggalkan kencing syaitan tu.Tak sanggup ana nak berhadapan dengan pembuat dosa tegar macam dia tu.Hati dia tu dah jadi batu.Tak akan berubah selamanya.”
“Ya ana tahu.Setiap hari ana bagitahu dia supaya tinggalkan kencing syaitan tu.Tak sanggup ana nak berhadapan dengan pembuat dosa tegar macam dia tu.Hati dia tu dah jadi batu.Tak akan berubah selamanya.”
Hassan beristighfar panjang.Tidak pernah terfikir olehnya
Umar akan berkata sebegitu.Masakan Umar begitu cepat mengalah dalam mentarbiyah
walhal dia begitu lantang bersuara di dalam usrah.Rupanya kehebatan seseorang
dalam berteori bukanlah penjamin dakwahnya akan lebih mantap di medan realiti.
“Kenapa enta begitu cepat mengalah dengan dia?Bukankah
peribadinya tu dipengaruhi oleh kehidupan keluarganya.Mereka dah sebati dengan
benda tu belasan tahun.Takkan semudah itu nak berubah.Dia perlu dibimbing,bukan
sehari dua.Bahkan mungkin sampai kita habis matrik ni.”
“Oh…Maknanya enta nak heret keluarga dia sebagai punca dia
minum arak?Come on lah
Hassan.Pengharaman arak tu semua orang Islam wajib tahu.Budak tadika pun tahu
arak tu haram.Takkan dia yang dah besar panjang macam tu pun tak tahu benda simple macam tu.”
“Dia mungkin tahu arak tu haram.Tapi dia mungkin tak mampu
nak menguatkan pendirian dia bahawa minum arak tu sememangnya haram.Dia masih
lemah spiritualnya.Kita tak boleh expect dia
untuk terus berlari ke arah hidayah,sedangkan sebelum ni pun dia masih
merangkak,bertatih perlahan-lahan ke arah itu.Tugas kita untuk bimbing
dia.Bukan hukum dia.”
Hassan cuba berbicara selembut mungkin.Bimbang kalau-kalau
dialog mereka pada hari itu akan menjejaskan ukhuwwah yang terbina.
“Enta bela dia lebih-lebih ni kenapa?Nak sokong kemungkaran
yang dia buat?”
“Bukan membela.Ana nak enta bagi dia harapan.Bagi dia sokongan.Kalau agama itu tidak memberikan harapan,maka itu bukan dari Tuhan.Lupakah enta?”
“Enta bagi harapan terlebih.Sampai suatu saat nanti dia yang
akan mati bergelumang dengan arak.”
“Umar,Daniel tu masih ada iman dalam hatinya.Sebab itu dia
akan rasa bersalah tiap kali melakukan benda tu.Kita kena selalu ada di sisi
dia.Kalau boleh,setiap masa.Enta pernah cuba luangkan masa dengan dia?”
Umar terdiam.Namun diwajahnya tergambar rasa benci.Entah pada
siapa.Pada Hassan,ataupun pada Daniel.Hassan susah hendak menduga.
Lantas Hassan meneruskan bicara,”Kalau kita yang berada
dalam lapangan tarbiyah dan dakwah kadangkala terleka dan terbabas jua,apatah
lagi Daniel yang baru hendak mengenali cahaya Islam.Bukan sahaja sukar,malah
pergerakannya juga sangat lambat.Kita tak boleh expect dia terus berubah kalau starting
point dia lambat.”
“Baik.Enta teruskan dengan apa yang enta buat.Tapi ana
takkan berubah pendapat.Yang haq itu
jelas,yang batil juga jelas.Ana akan tetap
untuk larang dia dari buat benda tu lagi.Nampaknya enta masih berdalih dan
beralasan lagi tentang halal dan haram,”kata Umar lantas berlalu pergi.
Hassan hanya memerhati.
“Ya Allah.Lembutkan hatinya,”Hassan berdoa.
…………………………………………………………………………………………………………
Pada pagi itu,selesai sahaja solat Subuh dan bacaan
al-Mathurat,ahli jawatankuasa al-Irfaan yang terdiri daripada 22 orang muslimin
itu sudah bersiap sedia.Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengadakan rehlah
dalam kalangan mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali.Pengisian yang dibuat
adalah seperti tazkirah,sesi luahan hati,bermain bola pantai dan semestinya
acara barbekulah yang sentiasa ditunggu-tunggu.Rehlah itulah yang menjadi wadah
bagi mereka merapatkan hubungan silaaturrahim,di samping menenangkan fikiran
sebentar,jauh dari kesibukan sebagai pelajar matrikulasi.
Sememangnya kehidupan sebagai pelajar memang sangat
padat.Lebih-lebih lagi pelajar Program Satu Tahun.Kuliah bermula jam 7.30 dan
tamat pada pukul 4.30 petang.Belum ditambah lagi dengan kuliah tambahan yang
diadakan pada sebelah malam yang selalunya diadakan pada hujung semester kerana
pensyarah hendak menghabiskan silibus pelajaran.Bukan itu sahaja,keterlibatan
dalam persatuan menyebabkan hari-hari di matrik tidak terasa berlalu.
Mereka semua menaiki bas nombor 6,bas yang menjadi
pengangkutan rutin para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan untuk ke bandar dan
lain-lain tempat.Kesemua AJK akan menaiki bas pada pukul 6.30.Sudah menjadi
kebiasaan pada hari Ahad para konduktor bas akan berada di stesen bas lebih
awal kerana ramai pelajar Kristian akan ke gereja pada hari tersebut.
Sampai sahaja di pantai Batu Manikar,mereka pergi ke suatu
kawasan lapang dan menghamparkan khemah.Menjadi kemestian mereka untuk
menunaikan solat sunat Dhuha terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti
lain.Setelah selesai,mereka pun mengambil wudhuk di pantai.
“Enta dengar tak pasal semalam?” Tanya Azri.
“Tak ada pula.Kenapa?” Kata Safwan
“Semalam pegawai HEP serbu satu bilik.Dan ada pelajar kantoi letak arak dalam locker,”jelas Azri.
“Hah!Biar betul.Astaghfirullah.Muslim ke non-Muslim?” tanya
Safwan pula.
“Muslim,” jawab Azri.
Hassan hanya terdiam.Namun jauh di benak hatinya,dia
mengelamun memikirkan tentang Daniel.”Moga bukan dia.Dia belum kuat untuk diuji
macam tu.Ya Allah,jagalah dia,” Hassan bermonolog sendirian.Tiba-tiba dia
dilanda serba salah.Sudah seminggu dia tidak bertanya khabar Daniel.Bagaimana
keadaannya,bagaimana imannya,dan bagaimanakah layanan roommate terhadapnya.
“Eh!Siapa tu?” Tanya Safwan.
Kelihatan seorang lelaki sedang berada di tanjung yang
terbentuk dari susunan batu-batu di pantai itu.Dia betul-betul berada di hujung
tanjung.Seakan-akan hendak terjun ke laut pun ada.Di tangannya ada sebotol
minuman.
Hassan mengelap kaca matanya yang terkena percikan ombak
lantas dipakainya.Dia mengamati susuk tubuh yang Safwan maksudkan.
“Astaghfirullah.Daniel!” Hassan berteriak.Panik sebentar
apabila melihat Daniel berkeadaan seperti itu.Terhuyung hayang di hujung
tanjung tersebut.
Mendengar nama itu,perhatian Umar dicuri seketika.Melihat
sahaja Daniel dalam keadaan seperti itu,dia bingkas menanggalkan seliparnya
lalu berlari sekuat hati mendapatkan Daniel.Seolah-olah seperti orang yang
dalam ketakutan.Hassan juga tidak ketinggalan mengikut jejak Umar.Sahabat yang
lain masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku.
Mereka cuba mengelakkan Daniel daripada melakukan hal yang
boleh meragut nyawanya.Tapi,belum pun sempat mereka mendapatkan Daniel,dia
sudahpun terkapai-kapai di dalam air.Dan badannya semakin hilang,hilang dari
pandangan mata.
…………………………………………………………………………………………………………
Malam itu,seperti biasa Daniel sedang mengulangkaji
pelajaran.Walaupun dengan keadaan dirinya yang bergelumang dengan arak,namun
dia tetap cemerlang dalam pelajaran.Ini dapat dibuktikan apabila diaa mampu
mendapat 4A dalam Ujian Penilaian Semester 1 yang lalu.Sesuatu yang agak
mengagumkan bagi insan seperti Daniel.
Tiba-tiba Umar masuk.Dia diiringi dengan 2 orang pegawai Hal
Ehwal Pelajar (HEP) ke bilik tersebut.Daniel tergamam melihat kehadiran mereka.
“Encik,ini dia orangnya.Cuba cek lockernya.Saya pasti ada arak dalam tu,” kata Umar sambil menjeling
ke arah Daniel.
Akhirnya pegawai tersebut menjumpai sebotol arak berjenama Heineken di dalam almari Daniel.Daniel
nampak ketakutan.Umar tersenyum puas.
Tetapi pegawai tersebut tidak mengambil tindakan yang
dinginkan oleh Umar,iaitu menggantung Daniel daripada meneruskan
pelajaran.Sebaliknya dia hanya diberi arahan keras oleh pegawai HEP tersebut.
Umar berasa tidak puas hati dengan tindakan pegawai HEP
tersebut.Setelah mereka keluar,Daniellah yang menjadi mangsa kemarahannya.
“Hei!Kau ni dah dibagi muka sangat.Kau tahu tak,lebih baik
kau mati cepat.Takut-takut nanti kau saja orang Islam yang kekal dalam neraka
sebab dosa kau ni,”Umar mendengus kasar.Diwajahnya tampak api kemarahan.Daniel
hanya terdiam.Bingung dengan keadaan tersebut,dia pun keluar.
“Daniel!Bangun Daniel!”Umar cuba menyedarkan Daniel dari
lemas.Air membuak-buak keluar dari paru-parunya.Tapi Daniel masih tidak
sedarkan diri.
“Daniel,maafkan aku Daniel.Tolonglah bangun.Aku nak tebus
segala kesalahan aku pada kau.Tolong bangun Daniel.Daniel!” Mata Umar berkaca.
…………………………………………………………………………………………………………
“Cantik kan matahari.Walaupun kadang-kadang orang tak suka
dengan cahayanya,namun dia tetap memancarkan sinar.Walaupun kadang-kadang ia
terlindung dek awan,pada akhirnya ia akan tetap bersinar jua,”Umar memulakan
bicara.
Mereka duduk bersama di atas astaka tersebut,sama-sama
menyaksikan alam yang mulai terang.Sungguh indah ciptaan Tuhan.Sebab itulah
Allah memberi peringatan yang banyak dalam surah Ar-Rahman,”Maka nikmat Tuhan
yang manakah kamu hendak dustakan?” Ya.Nikmat Tuhan sememangnya terlalu
banyak,sehinggakan manusia tidak perlu pun meminta nikmat tersebut.Diberi
percuma oleh Allah.Sayang sungguh Allah pada hambanNya.Hanya manusia saja yang
sering alpa untuk membalas kasih sayang tersebut.Mereka tenggelaam dengan nikmat
sehingga terlupaa pada yang memberikannya.
“Tapi,walaupun matahari nampak begitu kuat,tapi ia tetap
akur dengan perintah Tuhannya.Dia tetap akur dengan putaran siang dan malam
yang telah Allah tetapkan buatnya kan,”Daniel mencelah.
Umar duduk bersama Daniel,Hassan memberikan mereka ruang
untuk berbicara.Terasa senang hatinya melihat mereka berdua.Dia kagum dengan
tindakan Umar yang sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Daniel
tempoh hari.Dia jugalah yang melakukan rawatan terhadap Daniel sehingga Daniel
sedar.
Peristiwa tempoh hari telah mengubah banyak perkara dalam
hidup mereka,terutamanya Daniel.Mereka sering tidur di surau
bersama-sama,menjadikan ‘penunggu surau’ itu sudah bertambah menjadi 5
orang.Hassan tersenyum sendirian.Semenjak itu Danial sudah tidak pernah meminum
arak lagi.Segala kegiatannya dipantau oleh sahabat karibnya sendiri,Umar.Mereka
bertambah akrab setelah peristiwa tersebut.
Hassan hanya melihat Daniel yang petah bercakap,mengaitkan
kejadian alam dengan Tuhan.Tanpa disedari,mata Hassan berkaca.
“Aku sedang memandang ke arah permata Islam yang bakal
bergemerlapan suatu hari nanti,” Hassan bermonolog sendirian.
Matahari memancar terang dan indah.Seolah-olah mengerti
apa yang terselindung di dalam benak Hassan.