Monday, August 5, 2013

Hijrah (Bahagian 2)

“Umar?Eh!Takkanlah dia.Mana mungkin insan sehebat itu adalah orang yang Daniel ceritakan.Tidak.Tidak mungkin.Mustahil.Ah!Aku ber’su’uzzon’ nampaknya.Astaghfirullah,”bisik hati Hassan,cuba menafikan apa yang ada di dalam kepalanya.

Fikirannya tertumpu kepada ketua Lajnah Pembangunan Insan bagi tahun itu setelah Daniel menyebut nama Umar.Insan yang sangat dikaguminya.Sering juga dia mencelah masuk ke dalam kumpulan usrah kelolaan Umar kerana minat dengan penyampaian yang menarik oleh Umar.Tetapi Hassan masih tidak berpuas hati.Hatinya masih tertanya-tanya.Mana mungkin Umar.Dia cuba menidakkan.

“Umar siapa tu Daniel?” Hassan memberanikan diri untuk bertanya walaupun sebenarnya dia berasa gementar untuk mengetahui kebenarannya.

“Umar AJK surau tu lah,”balas Daniel.

Hampir-hampir sahaja Hassan hendak memarahi Daniel kerana berkata begitu.Namun dia bersabar.Dia beristighfar.Lantas dia mula berfikir.Siapa tahu mungkin di sebalik kehebatan seseorang itu,terselit satu kekurangan yang manusia lain tidak tahu.Mana ada makhluk yang sempurna.Kesempurnaan itu adalah hak mutlak Allah  SWT.
…………………………………………………………………………………………………...............
Matahari telah mulai mendaki langit.Pemandangan alam dari atas astaka padang bola sepak itu sememangnya sangat indah.Di hadapannya adalah padang bola sepak dan beberapa gelanggang permainan yang lain.Dari atas itu dapat dilihat sang suria mula memancarkan sinar menerangi alam yang tadi nya kelam.Umar sememangnya suka duduk di situ.Terasa tenang melihat penciptaan alam.Setiap hujung minggu selepas solat Subuh pasti Umar akan ke sana.Jika ditanya mengapa,itu hobi,katanya.

Hassan tidak menunggu lama.Selesai bacaan al-Mathurat dia terus pergi ke padang bertemu dengan Umar.Hatinya tidak tenang sejak pertemuan dengan Daniel kelmarin.Dia perlukan jawapan dari Umar.Hanya itu sahaja yang dapat mengubati keresahan hatinya.

“Wah…Feeling nampak,”gurau Hassan.

“Eh!Hassan.Hehe…Biasalah.Nikmat kejadian alam.Menenangkan setiap mata yang memandang,”balas Umar.

“Umar,boleh ana tanya sesuatu?”
“Tanyalah.”
“Enta kenal Daniel?”
“Kenapa enta tanya?”

Air mukanya berubah.Hassan menduga pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Umar.

“Dia cakap enta sebilik dengan dia.Dan boleh ana tanya?Enta tahu kan dia minum arak?”
“Ya ana tahu.Setiap hari ana bagitahu dia supaya tinggalkan kencing syaitan tu.Tak sanggup ana nak berhadapan dengan pembuat dosa tegar macam dia tu.Hati dia tu dah jadi batu.Tak akan berubah selamanya.”

Hassan beristighfar panjang.Tidak pernah terfikir olehnya Umar akan berkata sebegitu.Masakan Umar begitu cepat mengalah dalam mentarbiyah walhal dia begitu lantang bersuara di dalam usrah.Rupanya kehebatan seseorang dalam berteori bukanlah penjamin dakwahnya akan lebih mantap di medan realiti.
“Kenapa enta begitu cepat mengalah dengan dia?Bukankah peribadinya tu dipengaruhi oleh kehidupan keluarganya.Mereka dah sebati dengan benda tu belasan tahun.Takkan semudah itu nak berubah.Dia perlu dibimbing,bukan sehari dua.Bahkan mungkin sampai kita habis matrik ni.”

“Oh…Maknanya enta nak heret keluarga dia sebagai punca dia minum arak?Come on lah Hassan.Pengharaman arak tu semua orang Islam wajib tahu.Budak tadika pun tahu arak tu haram.Takkan dia yang dah besar panjang macam tu pun tak tahu benda simple macam tu.”

“Dia mungkin tahu arak tu haram.Tapi dia mungkin tak mampu nak menguatkan pendirian dia bahawa minum arak tu sememangnya haram.Dia masih lemah spiritualnya.Kita tak boleh expect dia untuk terus berlari ke arah hidayah,sedangkan sebelum ni pun dia masih merangkak,bertatih perlahan-lahan ke arah itu.Tugas kita untuk bimbing dia.Bukan hukum dia.”

Hassan cuba berbicara selembut mungkin.Bimbang kalau-kalau dialog mereka pada hari itu akan menjejaskan ukhuwwah yang terbina.

“Enta bela dia lebih-lebih ni kenapa?Nak sokong kemungkaran yang dia buat?”

“Bukan membela.Ana nak enta bagi dia harapan.Bagi dia sokongan.Kalau agama itu tidak memberikan harapan,maka itu bukan dari Tuhan.Lupakah enta?”

“Enta bagi harapan terlebih.Sampai suatu saat nanti dia yang akan mati bergelumang dengan arak.”

“Umar,Daniel tu masih ada iman dalam hatinya.Sebab itu dia akan rasa bersalah tiap kali melakukan benda tu.Kita kena selalu ada di sisi dia.Kalau boleh,setiap masa.Enta pernah cuba luangkan masa dengan dia?”

Umar terdiam.Namun diwajahnya tergambar rasa benci.Entah pada siapa.Pada Hassan,ataupun pada Daniel.Hassan susah hendak menduga.

Lantas Hassan meneruskan bicara,”Kalau kita yang berada dalam lapangan tarbiyah dan dakwah kadangkala terleka dan terbabas jua,apatah lagi Daniel yang baru hendak mengenali cahaya Islam.Bukan sahaja sukar,malah pergerakannya juga sangat lambat.Kita tak boleh expect dia terus berubah kalau starting point dia lambat.”

“Baik.Enta teruskan dengan apa yang enta buat.Tapi ana takkan berubah pendapat.Yang haq itu jelas,yang batil juga jelas.Ana akan tetap untuk larang dia dari buat benda tu lagi.Nampaknya enta masih berdalih dan beralasan lagi tentang halal dan haram,”kata Umar lantas berlalu pergi.
Hassan hanya memerhati.
“Ya Allah.Lembutkan hatinya,”Hassan berdoa.

…………………………………………………………………………………………………………

Pada pagi itu,selesai sahaja solat Subuh dan bacaan al-Mathurat,ahli jawatankuasa al-Irfaan yang terdiri daripada 22 orang muslimin itu sudah bersiap sedia.Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengadakan rehlah dalam kalangan mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali.Pengisian yang dibuat adalah seperti tazkirah,sesi luahan hati,bermain bola pantai dan semestinya acara barbekulah yang sentiasa ditunggu-tunggu.Rehlah itulah yang menjadi wadah bagi mereka merapatkan hubungan silaaturrahim,di samping menenangkan fikiran sebentar,jauh dari kesibukan sebagai pelajar matrikulasi.

Sememangnya kehidupan sebagai pelajar memang sangat padat.Lebih-lebih lagi pelajar Program Satu Tahun.Kuliah bermula jam 7.30 dan tamat pada pukul 4.30 petang.Belum ditambah lagi dengan kuliah tambahan yang diadakan pada sebelah malam yang selalunya diadakan pada hujung semester kerana pensyarah hendak menghabiskan silibus pelajaran.Bukan itu sahaja,keterlibatan dalam persatuan menyebabkan hari-hari di matrik tidak terasa berlalu.

Mereka semua menaiki bas nombor 6,bas yang menjadi pengangkutan rutin para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan untuk ke bandar dan lain-lain tempat.Kesemua AJK akan menaiki bas pada pukul 6.30.Sudah menjadi kebiasaan pada hari Ahad para konduktor bas akan berada di stesen bas lebih awal kerana ramai pelajar Kristian akan ke gereja pada hari tersebut.

Sampai sahaja di pantai Batu Manikar,mereka pergi ke suatu kawasan lapang dan menghamparkan khemah.Menjadi kemestian mereka untuk menunaikan solat sunat Dhuha terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti lain.Setelah selesai,mereka pun mengambil wudhuk di pantai.

“Enta dengar tak pasal semalam?” Tanya Azri.
“Tak ada pula.Kenapa?” Kata Safwan
“Semalam pegawai HEP serbu satu bilik.Dan ada pelajar kantoi letak arak dalam locker,”jelas Azri.
“Hah!Biar betul.Astaghfirullah.Muslim ke non-Muslim?” tanya Safwan pula.
“Muslim,” jawab Azri.

Hassan hanya terdiam.Namun jauh di benak hatinya,dia mengelamun memikirkan tentang Daniel.”Moga bukan dia.Dia belum kuat untuk diuji macam tu.Ya Allah,jagalah dia,” Hassan bermonolog sendirian.Tiba-tiba dia dilanda serba salah.Sudah seminggu dia tidak bertanya khabar Daniel.Bagaimana keadaannya,bagaimana imannya,dan bagaimanakah layanan roommate terhadapnya.

“Eh!Siapa tu?” Tanya Safwan.

Kelihatan seorang lelaki sedang berada di tanjung yang terbentuk dari susunan batu-batu di pantai itu.Dia betul-betul berada di hujung tanjung.Seakan-akan hendak terjun ke laut pun ada.Di tangannya ada sebotol minuman.
Hassan mengelap kaca matanya yang terkena percikan ombak lantas dipakainya.Dia mengamati susuk tubuh yang Safwan maksudkan.

“Astaghfirullah.Daniel!” Hassan berteriak.Panik sebentar apabila melihat Daniel berkeadaan seperti itu.Terhuyung hayang di hujung tanjung tersebut.
Mendengar nama itu,perhatian Umar dicuri seketika.Melihat sahaja Daniel dalam keadaan seperti itu,dia bingkas menanggalkan seliparnya lalu berlari sekuat hati mendapatkan Daniel.Seolah-olah seperti orang yang dalam ketakutan.Hassan juga tidak ketinggalan mengikut jejak Umar.Sahabat yang lain masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku.

Mereka cuba mengelakkan Daniel daripada melakukan hal yang boleh meragut nyawanya.Tapi,belum pun sempat mereka mendapatkan Daniel,dia sudahpun terkapai-kapai di dalam air.Dan badannya semakin hilang,hilang dari pandangan mata.
…………………………………………………………………………………………………………

Malam itu,seperti biasa Daniel sedang mengulangkaji pelajaran.Walaupun dengan keadaan dirinya yang bergelumang dengan arak,namun dia tetap cemerlang dalam pelajaran.Ini dapat dibuktikan apabila diaa mampu mendapat 4A dalam Ujian Penilaian Semester 1 yang lalu.Sesuatu yang agak mengagumkan bagi insan seperti Daniel.

Tiba-tiba Umar masuk.Dia diiringi dengan 2 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) ke bilik tersebut.Daniel tergamam melihat kehadiran mereka.

“Encik,ini dia orangnya.Cuba cek lockernya.Saya pasti ada arak dalam tu,” kata Umar sambil menjeling ke arah Daniel.

Akhirnya pegawai tersebut menjumpai sebotol arak berjenama Heineken di dalam almari Daniel.Daniel nampak ketakutan.Umar tersenyum puas.

Tetapi pegawai tersebut tidak mengambil tindakan yang dinginkan oleh Umar,iaitu menggantung Daniel daripada meneruskan pelajaran.Sebaliknya dia hanya diberi arahan keras oleh pegawai HEP tersebut.
Umar berasa tidak puas hati dengan tindakan pegawai HEP tersebut.Setelah mereka keluar,Daniellah yang menjadi mangsa kemarahannya.

“Hei!Kau ni dah dibagi muka sangat.Kau tahu tak,lebih baik kau mati cepat.Takut-takut nanti kau saja orang Islam yang kekal dalam neraka sebab dosa kau ni,”Umar mendengus kasar.Diwajahnya tampak api kemarahan.Daniel hanya terdiam.Bingung dengan keadaan tersebut,dia pun keluar.

“Daniel!Bangun Daniel!”Umar cuba menyedarkan Daniel dari lemas.Air membuak-buak keluar dari paru-parunya.Tapi Daniel masih tidak sedarkan diri.

“Daniel,maafkan aku Daniel.Tolonglah bangun.Aku nak tebus segala kesalahan aku pada kau.Tolong bangun Daniel.Daniel!” Mata Umar berkaca.

…………………………………………………………………………………………………………

“Cantik kan matahari.Walaupun kadang-kadang orang tak suka dengan cahayanya,namun dia tetap memancarkan sinar.Walaupun kadang-kadang ia terlindung dek awan,pada akhirnya ia akan tetap bersinar jua,”Umar memulakan bicara.

Mereka duduk bersama di atas astaka tersebut,sama-sama menyaksikan alam yang mulai terang.Sungguh indah ciptaan Tuhan.Sebab itulah Allah memberi peringatan yang banyak dalam surah Ar-Rahman,”Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu hendak dustakan?” Ya.Nikmat Tuhan sememangnya terlalu banyak,sehinggakan manusia tidak perlu pun meminta nikmat tersebut.Diberi percuma oleh Allah.Sayang sungguh Allah pada hambanNya.Hanya manusia saja yang sering alpa untuk membalas kasih sayang tersebut.Mereka tenggelaam dengan nikmat sehingga terlupaa pada yang memberikannya.

“Tapi,walaupun matahari nampak begitu kuat,tapi ia tetap akur dengan perintah Tuhannya.Dia tetap akur dengan putaran siang dan malam yang telah Allah tetapkan buatnya kan,”Daniel mencelah.

Umar duduk bersama Daniel,Hassan memberikan mereka ruang untuk berbicara.Terasa senang hatinya melihat mereka berdua.Dia kagum dengan tindakan Umar yang sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Daniel tempoh hari.Dia jugalah yang melakukan rawatan terhadap Daniel sehingga Daniel sedar.

Peristiwa tempoh hari telah mengubah banyak perkara dalam hidup mereka,terutamanya Daniel.Mereka sering tidur di surau bersama-sama,menjadikan ‘penunggu surau’ itu sudah bertambah menjadi 5 orang.Hassan tersenyum sendirian.Semenjak itu Danial sudah tidak pernah meminum arak lagi.Segala kegiatannya dipantau oleh sahabat karibnya sendiri,Umar.Mereka bertambah akrab setelah peristiwa tersebut.

Hassan hanya melihat Daniel yang petah bercakap,mengaitkan kejadian alam dengan Tuhan.Tanpa disedari,mata Hassan berkaca.

“Aku sedang memandang ke arah permata Islam yang bakal bergemerlapan suatu hari nanti,” Hassan bermonolog sendirian.


Matahari memancar terang dan indah.Seolah-olah mengerti apa yang terselindung di dalam benak Hassan.

No comments:

Post a Comment