Wednesday, June 26, 2013

The only living Sahabi



Inilah pohon yang masih hidup sejak zaman Rasulullah SAW.Pohon ini popular dengan gelaran 'The only living Sahabi" kerana pohon ini pernah menjadi teduhan Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.

Sedikit sejarah mengenainya:


Sewaktu Abu Talib dan Rasulullah (ketika baginda kecil) datang berniaga ke Syam,baginda Rasulullah SAW telah berteduh di bawah pohon ini.Seorang pendeta Kristian bernama Buhaira rupanya telah lama melihat gelagat Rasulullah.Dia dapat melihat awan mengiringi perjalanan baginda Rasulullah SAW.Setibanya sahaja Rasulullah di pohon itu,awan itu seolah-olah memberikan tugasnya untuk melindungi Rasulullah daripada panas matahari kepada pohon tersebut.Sebaik sahaja Rasulullah berteduh di sana,pohon tersebut menggerakkan ranting dan dahannya untuk melindungi Rasulullah.


Melihat keadaan itu,Buhaira menemui Abu Talib dan bertanya,"Adakah kanak-kanak ini anakmu?"

"Ya.Dia anakku",jawab Abu Talib.
"Tidak.Mustahil ayah kepada anak ini masih hidup",sambung Buhaira.
Abu Talib berasa hairan bagaimana dia mengetahui ayah Rasulullah telah wafat.Lalu Abu Talib pun menceritakan hal yang sebenarnya.
"Sebenarnya dia anak saudaraku.Ayahnya meninggal dunia sewaktu ibunya sedang mengandungkannya."
Lalu Buhaira pun mengkhabarkan kepada Abu Talib,"Jagalah anak ini baik-baik kerana dia akan punyai ramai musuh.Dialah nabi akhir zaman yang ku tunggu-tunggu."

Habib Umar menziarahi pohon tersebut.


Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Basra di Syria.


Melihat kepada keadaan di sekeliling yang kering kontang,adalah agak mustahil untuk tumbuhan hidup di situ.Namun dengan kuasa Allah,pohon ini telah hidup selama lebih 1400 tahun.


Subhanallah...


Ikuti penerangan yang menarik dari Habib Ali al-Jufri.




Monday, June 24, 2013

Karomah Umar al-Khattab

Pada suatu hari,Umar Al Khattab sedang memberi khutubah di atas mimbar masjid al Madinah , tiba-tiba orang ramai melihat beliau berpaling ke arah lain dan berteriak,"Arahkan tenteramu mendaki bukit!" 

Orang ramai terkejut melihat perbuatannya. Tetapi kemudian mereka teringat bahawa Umar telah mengirim sepasukan tentera muslimin ke Andalus untuk menghadapi tentera Parsi.

Dalam pertempuran yang berlaku , tentera muslimin telah hampir dikalahkan oleh tentera Parsi.

Rupanya , pada waktu itu Allah membukakan hijab bagi Umar yang sedang berkhutbah di masjid hingga beliau dapat melihat keadaan tentera muslim itu, lalu Umar pun berteriak menyuruh panglima mereka mengarahkan pasukan tenteranya mendaki bukit bagi mengalahkan tentera Parsi.

Mereka pun bergegas mendaki bukit di belakang mereka . Tindakan mereka itu menjadikan kedudukan tentera muslimin lebih baik daripada musuh mereka . Dalam pertempuran itu tentera muslimin akhirnya mencapai kemenangan .

Enam bulan selepas peperangan itu,semua tentera di Andalusia pulang ke Madinah.
Kemudian para penduduk bertanya kepada mereka,adakah mereka mendengar suara yang menyuruh mereka mendaki bukit bagi menyekat kemaraan tentera Parsi.

Mereka membenarkannya.Ada suara dari langit yang menyuruh mereka mendaki bukit kerana ada tentera Parsi sedang mengepung tentera Islam di belakang bukit tersebut.

"Kita bangga ada handphone sekarang.Tapi teknologi tu baru ada tahun 80-an.Lihat kuasa Allah yag memberikan karomah kepada Umar,peristiwa itu berlaku 1350 tahun yang lalu."-UAI.

Sunday, June 23, 2013

Mehnah dan tribulasi

Sudah menjadi kebiasaan para pejuang Islam itu akan diuji dengan bermacam-macam cubaan kerana mereka telah menjalankan suatu jual beli yang dipastikan untungnya oleh Allah SWT.

Kerana itu Allah berfirman dalam surah as-Saff ayat 10 dan 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
 "Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Lihatlah cabaran para pejuang Islam terdahulu.


Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.


Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.


Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.


Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fa
twa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.



Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.


Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.



Allah memberi mereka ujian kerana nikmat dunia ini Allah gantikan dengan nikmat syurga yang tiada batasan nanti.

Pejuang agama itu bukan dari kalangan yang suka bersenang-lenang.Jika dia masih tenggelam dengan dunia,maka dia masih belum lagi bergelar pejuang.



“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Jom muhasabah!

Saturday, June 22, 2013

Kesempatan


19 April 2007:
Aku dan para sahabat baru pulang dari Lahad Datu selepas MTQ negeri di sana.4 hari berkampung di sana,hari itu kami menaiki bas menuju ke Kota Belud.Sampai di Telupid ,aku mula mengantuk.Akhirnya aku melelapkan mata.

Suara jeritan membuat aku terjaga.Terlihat adik2 peserta sekolah rendah di hadapan seperti sedang ligat bersedia untuk sesuatu.Rupa2nya bas yang kami naiki telah putus kabel breknya.Belum sempat aku berbuat apa2,bas itu merempuh sebuah bukit.Semua penumpang terlambung ke hadapan.

Aku berada dalam keadaan separa sedar.Apa yang aku ingat,bila aku mengesat muka,terdapat aliran darah mengalir.Rupanya darah orang lain terpalit ke atasku.
Aku keluar dengan memegang tangan kiriku yang terasa kebas.Seketika kemudian rasa sakit yang menusuk2 mula timbul.Ibu jariku retak.

Aku keluar dari bas tersebut.Aku melihat sekeliling.Kami sudah berada di Kundasang rupanya.Dan apa yang menyebakkan aku,selain bukit yang dilanggar,semua yang berada di hadapan kami adalah gaung yang dalam.Dan kalaulah bukit itu tidak berada di situ,pasti kami semua sudah tiada.

Hampir 6 tahun peristiwa tu berlaku,namun ia masih segar di minda.
Tiap kali teringatkannya,aku berasa sangat bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup.Diberi kesempatan untuk mengumpul pahala sebelum nyawaku benar2 diangkat nanti.

HARGAILAH NYAWA YANG MASIH TERSISA.

Doa

Dulu waktu MTQ sekolah,ada suatu peristiwa yang melekat dalam fikiranku sampai hari ini.Waktu tu MTQ KOBTAR di SMKA Mohamad Ali Ranau.Esoknya nak bertanding,aku demam.Tapi masih boleh mengaji lagi.Tapi ada lebih kurang 4 orang minta aku ajar dorang tarannum.Termasuklah yang bertanding dengan aku.haha...

Dipendekkan cerita,lepas ajar semua orang,suara aku makin serak.Allah..Dahlah esok bertanding.Aku nak bercakap pun waktu tu dah terbatuk2.Tak ada jalan lain.Melainkan berserah bulat2 kepada Allah.Malam tu aku tak persiakan.Aku solat hajat,bermunajat memohon kepada Allah,moga dipermudahkan dalam pertandingan esok.

Tiba waktu bertanding,dengan izin Allah suaraku kembali seperti sediakala.Tidak lagi terbatuk2.Aku dapat menyampaikan bacaan dengan baik.Dan aku menjadi peserta terbaik keseluruhan.Subhanallah...Dalam masa yang pendek Allah menghilangkan sakit suaraku.Aku menangis kesyukuran.

Ibrah?
Jangan pernah ragu dengan kuasa doa.
Lebih2 lagi di sepertiga malam.Kerana waktu tu pintu langit dibuka dan doa kita diangkat terus oleh malaikat kepada Allah.

Cinta Allah



Bang!!!Satu hentakan pintu mengejutkan Aziz yang sedang membaca al-Quran di dalam bilik.Pasti itu Khalid,bisik hatinya.Kenal benar dia dengan perangai rakan sebiliknya yang agak panas baran itu.

“Arrggghhh!!!Jahanam punya mamat.Berani dia nak tackle Tika.Tunggu je esok.Aku jumpa mamat tu memang aku rembat.Tengok je!”,dengus Khalid.

“Khalid…Khalid…Cuba bertenang dulu.Cuba ceritakan apa yang berlaku.”,Aziz cuba meredakan keadaan.

“Aku geramlah dengan Saiful tu.Berani dia nak kacau Tika.Tika pun satu.Tak sedar aku ni dah ada,nak juga cari yang lain.Ikutkan hati dua-dua sekali aku belasah.Baru puas hati aku”.Amarah Khalid kian bertambah.Kerusi belajar pula menjadi mangsa kemarahan Khalid.

“Allahuakbar.Khalid,bawa bertenang dulu.Ingat ALLAH.macam mana pun orang menjauh dengan kau,DIA sentiasa dekat dengan kita.Kita kena…”

“Aah!Kau tak payah nak sekolahkan aku.Baik kau diam je!Malaslah macam ni.Kat luar tension,kat sini lagi tension.Baik aku pergi.”Belum sempat Aziz menghabiskan percakapan,Khalid segera memintas lalu meninggalkan Aziz di bilik mereka.

“Ya ALLAH,lembutkan hati sahabatku itu,”bisik hati Aziz.Kemudian dia membaca doa Rabithah,bimbang kalau-kalau kata-katanya tadi mengguris perasaan Khalid.

Hari itu,seperti biasa pada hari Sabtu,Aziz berusrah bersama sahabatnya yang lain.Sesungguhnya rindu benar Aziz dengan Ahmad,Yusuf,Hassan dan Ali,sahabat-sahabat usrahnya.Masing-masing mengambil kos yang berbeza,menyebabkan masa mereka agak terhad untuk bertemu.Hanya usrah pada hujung minggu itu sahajalah yang menjadi pengubat rindu terhadap sahabat mereka.Pada waktu itu,Aziz diberi mandat untuk menyampaikan sedikit tazkirah.Dia mengambil secebis kisah hidup Sultan Muhammad al-Fateh sebagai tajuk tazkirahnya.

“Sahabat yang dikasihi sekalian,kita begitu kenal dengan Sultan Muhammad al-Fateh bukan?Seorang syabab yang sangat hebat yang telah menawan Kota Konstantinopel yang begitu kukuh pertahanannya.Percubaan untuk menawan kota ini telah gagal dilakukan selama 800 tahun.Namun begitu,ketua yang begitu muda,baru berumur 24 tahun,mampu mengetuai bala tentera seramai 250 000 orang untuk menggempur dan menawan Kota Konstantinopel.Subhanallah…Cuba kita lihat diri kita.Nak pimpin diri pun belum dapat.Apatah lagi nak pimpin bala tentera.Tak gitu?”
Sahabat yang lain tersenyum.Aziz menyambung lagi.

“Namun tidak mudah untuk Sultan Muhammad mencapai kejayaan itu.Ada yang mengatakan bahawa usaha untuk menawan Kota Konstantinopel telah dilakukan semenjak Sultan Muhammad masih kecil.Ayahnya Sultan Murad mendidik anaknya dengan mengutamakan ilmu agama sebagai perencah utama bagi menjadikan peribadi anaknya terbentuk hasil daripada acuan ilmu agama yang diterapkan ke dalam dirinya.Ilmu peperangan digilap.Begitu juga ilmu untuk pemerintahan.Tidak hairanlah pada umur 16 tahun,ayahnya telah memberi kepercayaan kepada Sultan Muhammad untuk memerintah Turki semasa ketiadaan ayahandanya.Hebatkan?Siapa yang tahu apa rahsia kehebatan sultan muda ni?”Aziz cuba membuka persoalan.
“Pada pengetahuan ana,perkara utama yang menjadi asa kepada kehebatan peribadi Sultan Muhammad terletak pada utuhnya hubungan dengan ALLAH.Baginda begitu serius menjaga ibadah dan akhlaknya agar mampu menjadi seorang insan yang Rabbani yang mampu menjadi contoh kepada rakyatnya.Di samping itu,kesabaran yang tinggi dalam merancang strategi peperangan ternyata menjadi salah satu pemacu yang membenarkan hadis Rasulullah SAW mengenai penawanan Kota Konstantinopel.”,jawab Yusuf.

“Tepat sekali.Itulah yang menjadi penyinar kepada diri Sultan Muhammad,ketakwaan kepada ALLAH.Sekarang mari kita muhasabah diri,dalam kesibukan kita untuk menuntut ilmu dan mengejar kejayaan,adakah kita mendahulukan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kehidupan kita?Adakah kita selalu mengingati ALLAH di setiap jatuh dan bangun hidup kita?Sejauh manakah kita cuba mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa selama ni?”Aziz cuba mengajak mereka semua bermuhasabah.

Seusai usrah ,mereka pun bersurai kerana masing-masing ada hal penting untuk diuruskan pada hari itu.Semasa hendak keluar dari masjid,Ahmad ternampak Aziz yang nampak kesakitan,memegang perutnya.

Ahmad segera mendapatkan Aziz.

“Enta sakit apa?”

“Eh!Ahmad.Tak adalah.Gastrik je kot.Ana tak makan dari pagi.Ana pergi dulu ya.Assalamualaikum”,jawab Aziz yang ternyata agak terkejut dengan kedatangan Ahmad.

“Ada sesuatu yang dia sembunyikan”,bisik hati Ahmad.

“Khalid,saya nampak keputusan ujian kamu semakin lama semakin merosot.Bukan itu saja.Kamu tak pernah hantar assignment yang saya suruh buat.Kenapa dengan kamu ni?Jangan rosakkan masa depan kamu dengan bermalas-malasan.Kamu hanya ada tiga tahun lagi.Macam mana nak survive kalau perangai macam ni?”,Prof Abdul memarahi Khalid.Khalid hanya terdiam.

Khalid sudah tidak mampu untuk bersabar lagi.Satu demi satu cubaan dalam hidupnya.Dia menganggap ALLAH tidak adil terhadap dirinya.

“Kenapalah nasib aku macam ni…”,keluh Khalid.

Malam itu dia tidak mampu lagi untuk marah.Air matnya menitis perlahan-lahan.Tidak cukup dengan teman wanitanya meninggalkan dirinya,kini pensyarahnya pula telah memberikan markah ujian yang agak memustahilkannya untuk lulus mata pelajaran Ekonomi.Tidak cukup dengan itu,dia dapat mengetahui rakan baiknya,Jo telah mencuri telefon bimbitnya.Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menemui Aziz.Dia terlihat satu laporan kesihatan Aziz yang terdampar di katilnya.Alangkah terkejutnya Khalid apabia membaca laporan tersebut.Kanser perut.

Bertambah kesedihan Khalid tatkala mengetahui rakan biliknya itu menghidapi kanser perut yang kritikal.

“Ai Khalid.Kenapa sedih ni?Ada masalah ke?”,kata Aziz yang baru sahaja pulang dari masjid.

“Aziz,kenapa kau tak bagitahu kau ada barah perut?”

“Oh…kau dah tahu rupanya.Hurm..ALLAH dah tentukan semuanya pada aku Khalid.Aku tak nak sesiapa tahu sebab aku tak nak risaukan sesiapa.Biarlah penderitaan ni ALLAH je yang tahu.”

“Aziz,tabah benar kau hadapi cubaan ni.Sedangkan aku,baru sedikit cubaan,dah berputus asa.Aku benar-benar cemburu dengan kau Aziz.Bantu aku Aziz.Aku lemah menghadapi semua ni”.

“Khalid,dalam hidup ni,tak semua yang kita miliki itu kekal.Semuanya hanya pinjaman.Kekayaan,kemewahan,kesihatan,keluarga,rakan taulan malah nyawa ini hanyalah pinjaman semata-mata.Setiap kali kita kehilangan sesuatu,pasti ada yang akan menjauh dengan kita.Tapi ketahuilah,ALLAH sentiasa berada di sisi kita.Dia tak pernah jauh dari kita.Hanya kita sahaja yang selalu melupakanNYA.Hina kan kita.Tatkala kita dirundung kesedihan,semua manusia menjauh dari kita.Namun ALLAH,DIA semakin mendekat dengan kita.Dia beri ujian agar kita yang lemah ni segera mencariNYA.DIA nak memberikan cintaNYA kepada kita.Kalau kita cinta seseorang ,pasti kita nak buat sesuatu yang boleh mendekatkan dia pada kita kan.Begitulah ALLAH.Ujian yang diberikannya sangat istimewa.Makin berat kita diuji,makin kita dekat dengan ALLAH.Inilah kehebatan Cinta ALLAH. Rasakanlah kehadiran ALLAH dalam diri kita,insyaALLAH hati kita akan sentiasa merasa lapang menerima segala ketentuan ALLAH,”balas Aziz sambil tersenyum.Padanya inilah saat terbaik untuk dia mentarbiyah sahabatnya itu.Bila seseorang itu berasa kosong,di situlah masa untuk dia arus merasakan kehadiran ALLAH dalam hatinya.

Mendengar penerangan Aziz,Khalid memeluk sahabatnya itu.”Terima kasih Aziz”,bisik Khalid.

Kini,telah sebulan berlalu.Usrah berjalan seperti biasa.Kehadiran Khalid sebagai ahli baru menjadi pengubat duka sahabat yang lain di atas pemergian Aziz.Berkat tarbiyah dari Aziz,kini Khalid membuka lembaran baru dalam episod hidupnya.Dia bertekad untuk menjadi insan setabah dan sebaik almarhum sahabatnya,Aziz.

Rakan-rakannya yang lain agak kekok dengan perubahan yang ada pada diri Khalid.Namun apabila ditanya apakah penyebab dia berubah sedemikian rupa,ringkas sahaja jawapannya,”CINTA ALLAH”.

Takdir



Petang itu,Amin pulang agak lewat dari kuliah kerana dia berjumpa dengan pensyarahnya untuk bertanyakan soalan.Ketika menunggu di perhentian bas,lalu seorang Muslimah yang juga sedang menunggu bas untuk pulang ke kolej kediaman.
"Subhanallah...Cantiknya...",bisik hati Amin.

Matanya seolah-olah tidak dapat melarikan diri dari meihat muslimah tersebut."Astaghfirullah,kenapa aku ni...".Amin cepat-cepat mengalihkan pandangannya.Dia tidak ingin hatinya kotor dan matanya bermaksiat kerana asyik memandang muslimah tersebut.
"Ya ALLAH,pelihara diriku.Jauhi aku dari segala maca zina ya ALLAH.Sesungguhnya aku sedar bahawa tidak selayaknya aku memandang wanita yang tidak halal untukku",Amin bermonolog sendirian.

Rupa-rupanya bukan Amin sahaja yang berperasaan sedemikian.Ternyata muslimah yang dipandang Amin itu juga sedang kuat bertarung dengan perasaannya,melawan diri daripada melihat Amin.Sememangnya Amin adalah seorang lelaki yang agak kacak,pasti menarik perhatian setiap gadis yang memandangnya.Cuma 'kesombongan' yang ada pada dirinya yang berjaya memelihara Amin daripada mempunyai sebarang hubungan yang tidak halal dengan seorang perempuan.

"Ya ALLAH,sesungguhnya aku seorang manusia yang sangat lemah.Kehadiran muslimah petang tadi sungguh menggamit perasaanku.Aku mohon ya ALLAH,buangkanlah perasaan ini jauh-jauh dari hidupku.Kerana belum layak aku untuk merindui seseorang yang bukan milikku.Ampuni aku ya ALLAH atas segala kelalaianku."Seusai solat isyak itu,Amin lantas melakukan solat sunat taubat.Perasaannya benar-benar tidak tenteram setelah peristiwa petang tadi.Pulang sahaja dari masjid,Amin segera menghubungi naqibnya,Uthman dan menceritakan perkara sebenar.

"Amin,perasaan merindui dan mencintai seorang wanita itu sememangnya suatu fitrah yang tidak dapat kita nafikan.Lebih-lebih lagi di usia sekarang ini,perasaan itu menjadi suatu ujian yang amat besar buat kita.Tetapi perasaan ini hendaklah dijaga kerana jika tidak,ia mampu membawa kepada hubungan yang tidak halal seperti berSMS,berdating dan sebagainya.Maka menjadilah ia cinta low class yang hanya memandu cinta itu ke arah kebinasaan dan kemurkaan ALLAH.Cadangan abang,jika benar Amin menyukai dia,cari cara macam mana nak hubungi ayahnya.Tambahan pula Amin sekarang dah final year,tak lama lagi nak graduate.Perkahwinan itu semakin dekat dengan Amin.Lakukan istikharah,bila si dia sudah tetap di hati Amin,cepat-cepat hubungi ayahnya,"kata Uthman,pelajar Sarjana Perniagaan yang sudah pun berumahtangga.Uthman menjadi orang kepercayaan Amin sepanjang dia mengemudi kehidupan sebagai seorang pelajar di UMS.Segala masalah,luahan hati diluahkan kepada Uthman kerana baginya,Abang Uthman mampu memberikan suatu rangsangan dan semangat baginya tiap kali dia mengalami suatu masalah.

“Terima kasih bang.Ya.Ana tak kuat nak hadapi serangan hati ni sorang-sorang.Sebab tu ana call abang.Ana asyik teringatkan muslimah tu je dari tadi.Ya ALLAH,macam kotor sangat dah hati ni bang.”

“Beginilah dik,buatlah apa yang abang bagitahu tadi.Abang pun begitu juga sewaktu pertama kali bertemu dengan Kak Izzah.Tapi abang kuatkan hati untuk berjumpa dengan ayahnya kerana abang tak mahu maksiat hati ni berpanjangan.Dan Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan ALLAH.Kalau Amin nak kejar cinta yang berlandaskan cinta kerana ALLAH,insya ALLAH Amin pasti dapat.Abang doakan moga ALLAH permudahkan segalanya untuk Amin.”

Hari demi hari berlalu.Amin meneruskan kehidupan seperti biasa.Dia bertekad untuk melupakan muslimah tersebut kerana hanya berbaki sebulan shaja lagi dia berada di university.Dia ingin menghabiskan pengajiannya sebaik mungkin.Dan jika jodohnya dengan muslimah itu,mereka pasti akan dipertemukan semula.Amin yakin pada ketentuan Ilahi.

“Abang,termenung jauh nampak”,Safiah mengusik suaminya,Amin.Baru seminggu mereka diijabkabulkan.
“Eh sayang ni.Tak adalah.Penat sikit.Kerja dari pagi.Urut sikit boleh?”Amin membalas isterinya.
“Boleh…Mari sini dekat sikit dengan Safiah.”
Sambil menikmati keindahan ciptaan ALLAH petang itu,Amin berbual bersama isterinya.

“Safiah,sayang ingat tak dulu macam mana kita boleh dijodohkan?”
“Ingat.Abi ada bagitahu Safiah dulu.Waktu tu abi tertinggal beg dompetnya kat tempat wudhuk.Bila abi dah selesai solat baru abi sedar dompetnya hilang.Puas dia mencari tapi tak jumpa juga.Lepas tu abang jumpa abi ,sebab abang ternampak abi tertinggal dompetnya di tempat wudhuk.”

“Hehe…Tapi pertemuan tu tak berakhir di situ.Abi bawa abang pergi makan malam.Sambil bercerita,tiba-tiba abi bagitahu dia ada seorang anak perempuan dan dia nak menjodohkan anaknya dengan abang.Abang terkejut sangat waktu tu sebab belum pun sempat kami berkenalan lebih mendalam,abi da menawarkan anaknya untuk abang nikahi.”

“A’ah.Balik dari rumah,abi tak putus-putus cerita pasal pemuda yang dia jumpa kat masjid tadi.Lantas dia pun bagitahu hajatnya kat Safiah.Safiah terkejut besar sebab sebenarnya Safiah suka kat seorang lelaki waktu tu.”

“Ha?Siapa dia?”,timbul rasa cemburu di hati Amin setelah mengetahui isterinya pernah menyukai lelaki lain.

“Hihi…Abang sabarlah..Biar Safiah habiskan dulu.Lepas abi bagitahu,Safiah terus solat istikharah,minta petunjuk dari ALLAH.Entah kenapa.Safiah rasa macam senang hati dapat memenuhi kehendak abi.Lagipun lelaki yang Safiah suka tu Safiah bukan pernah kenal pun.Nama pun tak kenal.Safiah jumpa dia pun cuma sekali kat perhentian bas waktu kat universiti dulu.Safiah redha dan bersyukur kerana dari penceritaan abi,Safiah yakin lelaki yang abi pilih akan menjadi suami yang mampu membimbing Safiah yang lemah ni ke jalan yang diredhai ALLAH.Kira-kira sebulan lepas tu,rombongan meminang pun datang ke rumah.Sejujurnya Safiah rasa berdebar sangat sebab belum pernah tengok wajah bakal suami Safiah.Safia hanya duduk di dalam bilik.Tiba-tiba pintu diketuk.Rupa-rupanya ummi nak jumpa Safiah,nak bagi gambar bakal suami Safiah.Alangkah terkejutnya Safiah bila dapat tahu bahawa lelaki yang Safiah nampak di perhentian bas itulah yang akan menjadi suami Safiah.Safiah terus solat sunat syukur dan tak berhenti menangis tanda kesyukuran kepada ALLAH.”

“Subhanallah!”,butiran airmata jatuh dari kelopak mata Amin.

“Safiah,terima kasih sayangku,”lantas mengucup dahi sterinya itu.

Kemudian Amin pun menceritakan bagaimana dia pernah bermujahadah untuk melupakan muslimah yang telah menjadi isterinya itu.Tetapi takdir ALLAH telah menemukannya dengan wali muslimah tersebut.Kemahuannya untuk mencintai muslimah itu dahulu dilawan habis-habisan,lalu ALLAH mengurniakan Amin muslimah yang dicintainya dahulu menjadi isterinya yang sah.Safiah menangis keharuan.

Indah tak?Jom ikut cara Islam!:D
Islam itu indah.