Saturday, June 22, 2013

Cinta Allah



Bang!!!Satu hentakan pintu mengejutkan Aziz yang sedang membaca al-Quran di dalam bilik.Pasti itu Khalid,bisik hatinya.Kenal benar dia dengan perangai rakan sebiliknya yang agak panas baran itu.

“Arrggghhh!!!Jahanam punya mamat.Berani dia nak tackle Tika.Tunggu je esok.Aku jumpa mamat tu memang aku rembat.Tengok je!”,dengus Khalid.

“Khalid…Khalid…Cuba bertenang dulu.Cuba ceritakan apa yang berlaku.”,Aziz cuba meredakan keadaan.

“Aku geramlah dengan Saiful tu.Berani dia nak kacau Tika.Tika pun satu.Tak sedar aku ni dah ada,nak juga cari yang lain.Ikutkan hati dua-dua sekali aku belasah.Baru puas hati aku”.Amarah Khalid kian bertambah.Kerusi belajar pula menjadi mangsa kemarahan Khalid.

“Allahuakbar.Khalid,bawa bertenang dulu.Ingat ALLAH.macam mana pun orang menjauh dengan kau,DIA sentiasa dekat dengan kita.Kita kena…”

“Aah!Kau tak payah nak sekolahkan aku.Baik kau diam je!Malaslah macam ni.Kat luar tension,kat sini lagi tension.Baik aku pergi.”Belum sempat Aziz menghabiskan percakapan,Khalid segera memintas lalu meninggalkan Aziz di bilik mereka.

“Ya ALLAH,lembutkan hati sahabatku itu,”bisik hati Aziz.Kemudian dia membaca doa Rabithah,bimbang kalau-kalau kata-katanya tadi mengguris perasaan Khalid.

Hari itu,seperti biasa pada hari Sabtu,Aziz berusrah bersama sahabatnya yang lain.Sesungguhnya rindu benar Aziz dengan Ahmad,Yusuf,Hassan dan Ali,sahabat-sahabat usrahnya.Masing-masing mengambil kos yang berbeza,menyebabkan masa mereka agak terhad untuk bertemu.Hanya usrah pada hujung minggu itu sahajalah yang menjadi pengubat rindu terhadap sahabat mereka.Pada waktu itu,Aziz diberi mandat untuk menyampaikan sedikit tazkirah.Dia mengambil secebis kisah hidup Sultan Muhammad al-Fateh sebagai tajuk tazkirahnya.

“Sahabat yang dikasihi sekalian,kita begitu kenal dengan Sultan Muhammad al-Fateh bukan?Seorang syabab yang sangat hebat yang telah menawan Kota Konstantinopel yang begitu kukuh pertahanannya.Percubaan untuk menawan kota ini telah gagal dilakukan selama 800 tahun.Namun begitu,ketua yang begitu muda,baru berumur 24 tahun,mampu mengetuai bala tentera seramai 250 000 orang untuk menggempur dan menawan Kota Konstantinopel.Subhanallah…Cuba kita lihat diri kita.Nak pimpin diri pun belum dapat.Apatah lagi nak pimpin bala tentera.Tak gitu?”
Sahabat yang lain tersenyum.Aziz menyambung lagi.

“Namun tidak mudah untuk Sultan Muhammad mencapai kejayaan itu.Ada yang mengatakan bahawa usaha untuk menawan Kota Konstantinopel telah dilakukan semenjak Sultan Muhammad masih kecil.Ayahnya Sultan Murad mendidik anaknya dengan mengutamakan ilmu agama sebagai perencah utama bagi menjadikan peribadi anaknya terbentuk hasil daripada acuan ilmu agama yang diterapkan ke dalam dirinya.Ilmu peperangan digilap.Begitu juga ilmu untuk pemerintahan.Tidak hairanlah pada umur 16 tahun,ayahnya telah memberi kepercayaan kepada Sultan Muhammad untuk memerintah Turki semasa ketiadaan ayahandanya.Hebatkan?Siapa yang tahu apa rahsia kehebatan sultan muda ni?”Aziz cuba membuka persoalan.
“Pada pengetahuan ana,perkara utama yang menjadi asa kepada kehebatan peribadi Sultan Muhammad terletak pada utuhnya hubungan dengan ALLAH.Baginda begitu serius menjaga ibadah dan akhlaknya agar mampu menjadi seorang insan yang Rabbani yang mampu menjadi contoh kepada rakyatnya.Di samping itu,kesabaran yang tinggi dalam merancang strategi peperangan ternyata menjadi salah satu pemacu yang membenarkan hadis Rasulullah SAW mengenai penawanan Kota Konstantinopel.”,jawab Yusuf.

“Tepat sekali.Itulah yang menjadi penyinar kepada diri Sultan Muhammad,ketakwaan kepada ALLAH.Sekarang mari kita muhasabah diri,dalam kesibukan kita untuk menuntut ilmu dan mengejar kejayaan,adakah kita mendahulukan ALLAH dalam setiap tindak tanduk kehidupan kita?Adakah kita selalu mengingati ALLAH di setiap jatuh dan bangun hidup kita?Sejauh manakah kita cuba mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa selama ni?”Aziz cuba mengajak mereka semua bermuhasabah.

Seusai usrah ,mereka pun bersurai kerana masing-masing ada hal penting untuk diuruskan pada hari itu.Semasa hendak keluar dari masjid,Ahmad ternampak Aziz yang nampak kesakitan,memegang perutnya.

Ahmad segera mendapatkan Aziz.

“Enta sakit apa?”

“Eh!Ahmad.Tak adalah.Gastrik je kot.Ana tak makan dari pagi.Ana pergi dulu ya.Assalamualaikum”,jawab Aziz yang ternyata agak terkejut dengan kedatangan Ahmad.

“Ada sesuatu yang dia sembunyikan”,bisik hati Ahmad.

“Khalid,saya nampak keputusan ujian kamu semakin lama semakin merosot.Bukan itu saja.Kamu tak pernah hantar assignment yang saya suruh buat.Kenapa dengan kamu ni?Jangan rosakkan masa depan kamu dengan bermalas-malasan.Kamu hanya ada tiga tahun lagi.Macam mana nak survive kalau perangai macam ni?”,Prof Abdul memarahi Khalid.Khalid hanya terdiam.

Khalid sudah tidak mampu untuk bersabar lagi.Satu demi satu cubaan dalam hidupnya.Dia menganggap ALLAH tidak adil terhadap dirinya.

“Kenapalah nasib aku macam ni…”,keluh Khalid.

Malam itu dia tidak mampu lagi untuk marah.Air matnya menitis perlahan-lahan.Tidak cukup dengan teman wanitanya meninggalkan dirinya,kini pensyarahnya pula telah memberikan markah ujian yang agak memustahilkannya untuk lulus mata pelajaran Ekonomi.Tidak cukup dengan itu,dia dapat mengetahui rakan baiknya,Jo telah mencuri telefon bimbitnya.Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menemui Aziz.Dia terlihat satu laporan kesihatan Aziz yang terdampar di katilnya.Alangkah terkejutnya Khalid apabia membaca laporan tersebut.Kanser perut.

Bertambah kesedihan Khalid tatkala mengetahui rakan biliknya itu menghidapi kanser perut yang kritikal.

“Ai Khalid.Kenapa sedih ni?Ada masalah ke?”,kata Aziz yang baru sahaja pulang dari masjid.

“Aziz,kenapa kau tak bagitahu kau ada barah perut?”

“Oh…kau dah tahu rupanya.Hurm..ALLAH dah tentukan semuanya pada aku Khalid.Aku tak nak sesiapa tahu sebab aku tak nak risaukan sesiapa.Biarlah penderitaan ni ALLAH je yang tahu.”

“Aziz,tabah benar kau hadapi cubaan ni.Sedangkan aku,baru sedikit cubaan,dah berputus asa.Aku benar-benar cemburu dengan kau Aziz.Bantu aku Aziz.Aku lemah menghadapi semua ni”.

“Khalid,dalam hidup ni,tak semua yang kita miliki itu kekal.Semuanya hanya pinjaman.Kekayaan,kemewahan,kesihatan,keluarga,rakan taulan malah nyawa ini hanyalah pinjaman semata-mata.Setiap kali kita kehilangan sesuatu,pasti ada yang akan menjauh dengan kita.Tapi ketahuilah,ALLAH sentiasa berada di sisi kita.Dia tak pernah jauh dari kita.Hanya kita sahaja yang selalu melupakanNYA.Hina kan kita.Tatkala kita dirundung kesedihan,semua manusia menjauh dari kita.Namun ALLAH,DIA semakin mendekat dengan kita.Dia beri ujian agar kita yang lemah ni segera mencariNYA.DIA nak memberikan cintaNYA kepada kita.Kalau kita cinta seseorang ,pasti kita nak buat sesuatu yang boleh mendekatkan dia pada kita kan.Begitulah ALLAH.Ujian yang diberikannya sangat istimewa.Makin berat kita diuji,makin kita dekat dengan ALLAH.Inilah kehebatan Cinta ALLAH. Rasakanlah kehadiran ALLAH dalam diri kita,insyaALLAH hati kita akan sentiasa merasa lapang menerima segala ketentuan ALLAH,”balas Aziz sambil tersenyum.Padanya inilah saat terbaik untuk dia mentarbiyah sahabatnya itu.Bila seseorang itu berasa kosong,di situlah masa untuk dia arus merasakan kehadiran ALLAH dalam hatinya.

Mendengar penerangan Aziz,Khalid memeluk sahabatnya itu.”Terima kasih Aziz”,bisik Khalid.

Kini,telah sebulan berlalu.Usrah berjalan seperti biasa.Kehadiran Khalid sebagai ahli baru menjadi pengubat duka sahabat yang lain di atas pemergian Aziz.Berkat tarbiyah dari Aziz,kini Khalid membuka lembaran baru dalam episod hidupnya.Dia bertekad untuk menjadi insan setabah dan sebaik almarhum sahabatnya,Aziz.

Rakan-rakannya yang lain agak kekok dengan perubahan yang ada pada diri Khalid.Namun apabila ditanya apakah penyebab dia berubah sedemikian rupa,ringkas sahaja jawapannya,”CINTA ALLAH”.

No comments:

Post a Comment