Saturday, June 22, 2013

Takdir



Petang itu,Amin pulang agak lewat dari kuliah kerana dia berjumpa dengan pensyarahnya untuk bertanyakan soalan.Ketika menunggu di perhentian bas,lalu seorang Muslimah yang juga sedang menunggu bas untuk pulang ke kolej kediaman.
"Subhanallah...Cantiknya...",bisik hati Amin.

Matanya seolah-olah tidak dapat melarikan diri dari meihat muslimah tersebut."Astaghfirullah,kenapa aku ni...".Amin cepat-cepat mengalihkan pandangannya.Dia tidak ingin hatinya kotor dan matanya bermaksiat kerana asyik memandang muslimah tersebut.
"Ya ALLAH,pelihara diriku.Jauhi aku dari segala maca zina ya ALLAH.Sesungguhnya aku sedar bahawa tidak selayaknya aku memandang wanita yang tidak halal untukku",Amin bermonolog sendirian.

Rupa-rupanya bukan Amin sahaja yang berperasaan sedemikian.Ternyata muslimah yang dipandang Amin itu juga sedang kuat bertarung dengan perasaannya,melawan diri daripada melihat Amin.Sememangnya Amin adalah seorang lelaki yang agak kacak,pasti menarik perhatian setiap gadis yang memandangnya.Cuma 'kesombongan' yang ada pada dirinya yang berjaya memelihara Amin daripada mempunyai sebarang hubungan yang tidak halal dengan seorang perempuan.

"Ya ALLAH,sesungguhnya aku seorang manusia yang sangat lemah.Kehadiran muslimah petang tadi sungguh menggamit perasaanku.Aku mohon ya ALLAH,buangkanlah perasaan ini jauh-jauh dari hidupku.Kerana belum layak aku untuk merindui seseorang yang bukan milikku.Ampuni aku ya ALLAH atas segala kelalaianku."Seusai solat isyak itu,Amin lantas melakukan solat sunat taubat.Perasaannya benar-benar tidak tenteram setelah peristiwa petang tadi.Pulang sahaja dari masjid,Amin segera menghubungi naqibnya,Uthman dan menceritakan perkara sebenar.

"Amin,perasaan merindui dan mencintai seorang wanita itu sememangnya suatu fitrah yang tidak dapat kita nafikan.Lebih-lebih lagi di usia sekarang ini,perasaan itu menjadi suatu ujian yang amat besar buat kita.Tetapi perasaan ini hendaklah dijaga kerana jika tidak,ia mampu membawa kepada hubungan yang tidak halal seperti berSMS,berdating dan sebagainya.Maka menjadilah ia cinta low class yang hanya memandu cinta itu ke arah kebinasaan dan kemurkaan ALLAH.Cadangan abang,jika benar Amin menyukai dia,cari cara macam mana nak hubungi ayahnya.Tambahan pula Amin sekarang dah final year,tak lama lagi nak graduate.Perkahwinan itu semakin dekat dengan Amin.Lakukan istikharah,bila si dia sudah tetap di hati Amin,cepat-cepat hubungi ayahnya,"kata Uthman,pelajar Sarjana Perniagaan yang sudah pun berumahtangga.Uthman menjadi orang kepercayaan Amin sepanjang dia mengemudi kehidupan sebagai seorang pelajar di UMS.Segala masalah,luahan hati diluahkan kepada Uthman kerana baginya,Abang Uthman mampu memberikan suatu rangsangan dan semangat baginya tiap kali dia mengalami suatu masalah.

“Terima kasih bang.Ya.Ana tak kuat nak hadapi serangan hati ni sorang-sorang.Sebab tu ana call abang.Ana asyik teringatkan muslimah tu je dari tadi.Ya ALLAH,macam kotor sangat dah hati ni bang.”

“Beginilah dik,buatlah apa yang abang bagitahu tadi.Abang pun begitu juga sewaktu pertama kali bertemu dengan Kak Izzah.Tapi abang kuatkan hati untuk berjumpa dengan ayahnya kerana abang tak mahu maksiat hati ni berpanjangan.Dan Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan ALLAH.Kalau Amin nak kejar cinta yang berlandaskan cinta kerana ALLAH,insya ALLAH Amin pasti dapat.Abang doakan moga ALLAH permudahkan segalanya untuk Amin.”

Hari demi hari berlalu.Amin meneruskan kehidupan seperti biasa.Dia bertekad untuk melupakan muslimah tersebut kerana hanya berbaki sebulan shaja lagi dia berada di university.Dia ingin menghabiskan pengajiannya sebaik mungkin.Dan jika jodohnya dengan muslimah itu,mereka pasti akan dipertemukan semula.Amin yakin pada ketentuan Ilahi.

“Abang,termenung jauh nampak”,Safiah mengusik suaminya,Amin.Baru seminggu mereka diijabkabulkan.
“Eh sayang ni.Tak adalah.Penat sikit.Kerja dari pagi.Urut sikit boleh?”Amin membalas isterinya.
“Boleh…Mari sini dekat sikit dengan Safiah.”
Sambil menikmati keindahan ciptaan ALLAH petang itu,Amin berbual bersama isterinya.

“Safiah,sayang ingat tak dulu macam mana kita boleh dijodohkan?”
“Ingat.Abi ada bagitahu Safiah dulu.Waktu tu abi tertinggal beg dompetnya kat tempat wudhuk.Bila abi dah selesai solat baru abi sedar dompetnya hilang.Puas dia mencari tapi tak jumpa juga.Lepas tu abang jumpa abi ,sebab abang ternampak abi tertinggal dompetnya di tempat wudhuk.”

“Hehe…Tapi pertemuan tu tak berakhir di situ.Abi bawa abang pergi makan malam.Sambil bercerita,tiba-tiba abi bagitahu dia ada seorang anak perempuan dan dia nak menjodohkan anaknya dengan abang.Abang terkejut sangat waktu tu sebab belum pun sempat kami berkenalan lebih mendalam,abi da menawarkan anaknya untuk abang nikahi.”

“A’ah.Balik dari rumah,abi tak putus-putus cerita pasal pemuda yang dia jumpa kat masjid tadi.Lantas dia pun bagitahu hajatnya kat Safiah.Safiah terkejut besar sebab sebenarnya Safiah suka kat seorang lelaki waktu tu.”

“Ha?Siapa dia?”,timbul rasa cemburu di hati Amin setelah mengetahui isterinya pernah menyukai lelaki lain.

“Hihi…Abang sabarlah..Biar Safiah habiskan dulu.Lepas abi bagitahu,Safiah terus solat istikharah,minta petunjuk dari ALLAH.Entah kenapa.Safiah rasa macam senang hati dapat memenuhi kehendak abi.Lagipun lelaki yang Safiah suka tu Safiah bukan pernah kenal pun.Nama pun tak kenal.Safiah jumpa dia pun cuma sekali kat perhentian bas waktu kat universiti dulu.Safiah redha dan bersyukur kerana dari penceritaan abi,Safiah yakin lelaki yang abi pilih akan menjadi suami yang mampu membimbing Safiah yang lemah ni ke jalan yang diredhai ALLAH.Kira-kira sebulan lepas tu,rombongan meminang pun datang ke rumah.Sejujurnya Safiah rasa berdebar sangat sebab belum pernah tengok wajah bakal suami Safiah.Safia hanya duduk di dalam bilik.Tiba-tiba pintu diketuk.Rupa-rupanya ummi nak jumpa Safiah,nak bagi gambar bakal suami Safiah.Alangkah terkejutnya Safiah bila dapat tahu bahawa lelaki yang Safiah nampak di perhentian bas itulah yang akan menjadi suami Safiah.Safiah terus solat sunat syukur dan tak berhenti menangis tanda kesyukuran kepada ALLAH.”

“Subhanallah!”,butiran airmata jatuh dari kelopak mata Amin.

“Safiah,terima kasih sayangku,”lantas mengucup dahi sterinya itu.

Kemudian Amin pun menceritakan bagaimana dia pernah bermujahadah untuk melupakan muslimah yang telah menjadi isterinya itu.Tetapi takdir ALLAH telah menemukannya dengan wali muslimah tersebut.Kemahuannya untuk mencintai muslimah itu dahulu dilawan habis-habisan,lalu ALLAH mengurniakan Amin muslimah yang dicintainya dahulu menjadi isterinya yang sah.Safiah menangis keharuan.

Indah tak?Jom ikut cara Islam!:D
Islam itu indah.

No comments:

Post a Comment